Rapuh 9/2019: Pengasuh Edisi Khas (Bilangan 625) Unik
Peminat Pengasuh jangan lupa untuk memiliki Bilangan 625, 2012 Edisi Khas. Ini adalah edisi “Perayaan Sambutan 100 Tahun Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1334-1434 Hijri” (1915-2013 =98 tahun?).
Uniknya keluaran ini kerana ia memakai nombor siri tetapi tidak menunjukkan bulan terbitannya, sama ada bulan Hijriah atau Masehi. Kalau diperhatikan, Bilangan 624 adalah mewakili bulan-bulan Jun-Disember 2011 (Jamadilakhir-Zulhijah 1432) sedangkan Bilangan 626 menampung bulan-bulan Januari-Februari 2013 (Rabiulawwal-Rabiulakhir 1434). Dalam kata-kata lain, kita boleh menganggap bahawa keluaran Edisi Khas itu edisi ekstra yang boleh juga tidak menggunakan nombor siri. Tebal edisi ini ialah 100 halaman.
Pemakaian nombor siri bilangan 625 memudahkan penyusunan kronologi atau turutan keluaran sekali gus menunjukkan kesinambungan dengan kedua-dua keluaran yang sebelum dan selepasnya. Walau bagaimanapun, oleh sebab tahun yang digunakan ialah 2012 maka lebih berhak majalah Pengasuh, Bilangan 625 dianggap sebagai terbitan tahun 2012. Sebelum itu iaitu dalam tahun 2011, hanya majalah Pengasuh bilangan-bilangan mulai Bilangan 622 (Januari-Februari 2011), Bilangan 623 (Mac/April/Mei 2011), dan Bilangan 624 (Jun-Disember 2011) diterbitkan.
Seperkara lagi, tiada tercatat nama Editor Pengasuh sepanjang tahun 2011 sebaliknya hanya nama Ketua Editor (Yasmun binti Muhammad) yang tercatat. Nama Editor iaitu Muhammad Nor Hashri bin Junoh mulai tercatat semula dalam Edisi Khas ini dan seterusnya.
No comments:
Post a Comment