Tuesday, 29 December 2020

 Fragmen Memoir Tak Jadi: Kembali Ke Skim Perkhidmatan (1)

Suatu hari, di sebelah pagi 25 Mac 2019, aku dihubungi seorang pegawai wanita daripada Cawangan Skim Perkhidmatan, Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam. Beliau memberitahu hasrat pejabatnya hendak menjemputku menyampaikan ceramah tentang skim perkhidmatan dalam satu seminar yang dianjurkan pada Rabu, 3 April 2019. Slot yang diberikan ialah pada pukul 9.15 hingga 10.45 pagi. Seminar itu diadakan di ILKAP, Bandar Baru Bangi.
Terkejut juga aku! Bagaimana tiba-tiba namaku muncul di skrin radar JPA setelah 12 tahun bersara atau selepas 15 tahun melepaskan kerja-kerja perskiman? Sebelum panggilan ini tidak pernah pun JPA menghubungi untuk maksud seperti ini. Pegawai wanita ini ternyata tidak mengenaliku. Maksudnya ketika bersara pada tahun 2007 dahulu dia belum lagi bekerja di situ atau boleh jadi belum lagi dilantik ke perkhidmatan awam. Aku risiki beliau tentang kemunculan namaku sebagai calon penceramah. Kata beliau, seseorang telah melegendakan ketokohanku dalam aspek penggubalan skim perkhidmatan dan JPA bersetuju mengambil kesempatan untuk menimba pengalamanku dalam aspek ini, “melangkah ke hadapan”.
Ya, selepas tersembunyi dan memasuki dekad kedua persaraan!
Aku dengan senang hati menerima jemputan. Melalui emel yang diterima kemudian, judul ceramah yang diberikan ialah “Pembaharuan Perkhidmatan Awam Dari Aspek Skim Perkhidmatan”. Aspek skim perkhidmatan dalam perkhidmatan awam adalah salah satu kepakaranku. Orang-orang yang terlibat dalam bidang ini mengenaliku sebagai demikian. Maknanya, fokus seminar sangat familiar. Ia bahkan seakan masih di hujung jari. Seperti pernah dinyatakan dalam bab yang lebih awal, aku mengetuai kerja-kerja perskiman ini di JPA selama hampir tujuh tahun, dari tahun 1997 hingga 2004. Tempoh 12 tahun persaraan tidak sekali-kali menghilangkan pengetahuan itu, kecuali dari segi status mutakhirnya, yang mungkin kabur di mindaku oleh sebab tidak lagi terlibat secara langsung. Namun, aspek ini tidak sangat kritikal kerana pengalaman yang lalu itu tetap berharga untuk dikongsikan, bahkan menjadi latar belakang yang wajib untuk menggubal skim perkhidmatan yang bertujuan memperbaharui perkhidmatan awam. Ia khazanah berinti iktibar atau teladan yang berfaedah.
Masa lapan hari yang ada akan memberiku kesempatan yang mencukupi untuk ‘revisit’ longgokan bahan dan menganalisis permasalahan. Dengan kaedah inilah aku akan menyediakan slaid-slaid persembahan. Ia tidak sukar. Aku ada bahan-bahannya. Lagi pula biasa menyediakan slaid-slaid demikian sendiri, berdikari. Bahan-bahan taklimat dan juga sumber-sumber rujukan dalam koleksi peribadi memadai untuk dicernakan menghasilkan teks persembahan dua jam. Apa pun, tanpa bahan-bahan yang komprehensif, aku yakin bank memori semasa menerajui kerja-kerja perskiman dahulu tetap berupaya memanfaatkan masa yang diperuntukkan. Memori itu terpelihara utuh. Maklumat di dalamnya berharga dan pastinya menarik untuk dikongsi dengan para pengamal semasa malahan juga untuk diketahui ramai.
(Foto Kit Kenit Skim Perkhidmatan sumber survival ketika berkhidmat dahulu)
No photo description available.
Zulkifli Salleh, M Jusoff Taib and 31 others
8 comments
3 shares
Like
Comment
Share

Comments

  • Kemahiran yang tetap diperlukan.
    • Like
    • Reply
    • 1 y
  • Memang tepat pada orangnya....syabas Dato
    • Like
    • Reply
    • 1 y
  • Alhamdulilah Syukur. Jasa yang baik tetap dikenang. Mohon kongsi ya Dato. Kipidap. Selamat sejahtra. Terima kasih.
    • Like
    • Reply
    • 1 y
  • The tulisan tangan kat bawah tu mcm kenal... 
    Nor Ghani
    ????
    • Like
    • Reply
    • 1 y
  • Ada cadangan mantan2 yg ada ni kita buat RU di Jpa...boleh sembang2...
    1
    • Like
    • Reply
    • 1 y
  • Nanti kita bincang2 Dato...
    • Like
    • Reply
    • 1 y
  • Tahniah. Kepakaran, pengalaman, Ilmu masih diperlukan oleh orng muda..
    2
    • Like
    • Reply
    • 1 y

No comments:

Post a Comment