Utusan Zaman, 1940: Bintang Keroncong Praperang
Pertandingan Keroncong profesional telah dianjurkan pada Sabtu, 1 Jun 1940, pada pukul 8 malam bertempat di Taman Hiburan Happy World, Singapura.
Para peserta lelaki terdiri daripada Abdul Rahman, Jani, Duli, Ali Taha Singapura, Dimin dan Yatim Bandung, Masud Betawi, dan Syed Kassim Kedah. Penyanyi kanak-kanak ialah Arshad Betawi, Tony Singapura, dan Abdullah Sani Kuala Lumpur. Para peserta wanita pula ialah Miss Dinah, Miss Julia dan Miss Nona Singapura, Miss Mimi Pulau Pinang, Miss Tijah Kedah, Miss Pony Bandung, Miss Berintik Semarang, dan Miss Su’wina penyanyi buta dari Solo.
(Lihat, Utusan Zaman, Sabtu, Tahun 1, Bilangan 31, 1 Jun 1940, muka 15)
No comments:
Post a Comment