Sunday, 27 December 2020

 Menjejaki pendukung bahasa - Goh Peng Joo

Berdasarkan koleksiku, terserlah seorang yang sangat taat belajar bahasa Melayu ketika awal-awal negara kita sedang mendarjatkan bahasa kebangsaan. Nama beliau ialah Goh Peng Joo. Saya mendapat tahu beliau bersekolah di St. Xavier’s Institution dan lulus Cambridge School Certificate pada tahun 1956. Beliau adalah seorang guru dan antara lain mengajar di “Pykett Methodist School, Pulau Pinang” sekitar tahun 1960-an.

Beliau lahir pada tahun 1940 iaitu 76 tahun yang lampau. Mungkin ada di kalangan teman-teman tahu sedikit sebanyak tentang beliau. Saya tunjukkan potret beliau seperti tersiar dalam sumber asal.

Akan sangat gembira kalau saya mengetahui hal ehwal beliau dalam tahun-tahun yang silam hingga yang terkini. 
See less
Edit
La Hami Bin Ahmad, Zulkifli Salleh and 20 others
8 comments
3 shares
Like
Comment
Share

Comments

  • Goh Peng Joo seorang pembaca yang teliti. Beliau hampir membaca kesemua kandungan majalah yang dilangganinya. Banyak bekas tangan beliau dalam semua majalah tersebut. Catatan tepi merata-rata. Tulisannya amat cantik dan mudah dibaca. Kalau ada perkataan-perkataan Melayu tidak difahaminya kita akan dapati catatan beliau tentang maknanya dalam bahasa Inggeris. Ternyata pengetahuan beliau tidak terhad mengenai bahasa bahkan kesusasteraan dan kebudayaan Melayu. Saya sangat pasti, tiada ramai serupa beliau sekarang ini.
    3
    • Like
    • Reply
    • 4 y
  • Menambah peri. Ketika bertugas di Pulau Pinang pada awal tahun-tahun 1990-an, saya kerap menggali buku-buku lama di banyak tempat di sekitar bandar George Town. Pada sebuah kedai buku (yang telah tidak lagi dikunjungi bahkan pemiliknya sudah beralih ke profesion lain) di Pulau Tikus, masih ada buku-buku lama dalam beberapa rak. Buku-buku yang pernah dijual masih tersimpan dengan baik termasuk buku-buku terpakai. Pada suatu hari saya telah terserempak dengan satu ikatan majalah Dewan Bahasa dan lain-lain terlonggok disuatu sudut di situ. Keadaannya masih tersangat baik. Bagaikan rezeki yang sedang menggolek datang, khazanah itu saya beli dengan harga yang sangat murah relatif isinya. Dan semuanya masih terpelihara dan menjadi salah satu sumber kepuasan musim persaraan.
    4
    • Like
    • Reply
    • 4 y
    • Saya juga ada hobby ke kedai used book di Chulia Street
      • Like
      • Reply
      • 3 y
  • Aku rasa gembira apabila membaca majalah Dewan Bahasa bulan Februari 1960 iaitu keluaran khas sempena Minggu Bahasa Kebangsaan. Dalam majalah itu termuat satu karangan Goh Peng Joo bertajuk Pengalaman Saya Mengajar Bahasa Kebangsaan . Ternyata belia… 
    See more
    3
    • Like
    • Reply
    • 4 y
  • Kebelakangan ini aku sedang membaca semula majalah Dewan Bahasa dan naskhah-naskhah awalnya adalah merupakan koleksi yang kubeli daripada kedai buku terpakai. Pemilik majalah Dewan Bahasa itu ialah Goh Peng Joo kerana setiap naskhah tertulis namanya. D… 
    See more
    1
    • Like
    • Reply
    • 3 y
  • Melintasi, Yeoh Lin Lin, “Pengalaman Seorang Calon Cina Mendalami Bahasa Melayu di Universiti”, SARINA, Jilid 10, Bilangan 116, Jun 1985, muka surat 63-65.
    • Like
    • Reply
    • 2 y
  • 60. Cikgu Lee menulis, “Ibu bapa saya, petani. Mereka sebenarnya tidak mampu menyekolahkan saya oleh sebab pendidikan menengah ketika itu perlu dibayar. Saya ke sekolah dengan mengayuh basikal, iaitu dari Kelas Peralihan hingga Tingkatan Lima. Saya juga menyediakan sarapan pagi atau makanan tengah hari saya sendiri sebelum pergi ke sekolah...
    Beliau memberitahu dalam Peperiksaan Penilaian Darjah Lima beliau mendapat markah “D” bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan “E” bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris. Ketika memasuki sekolah menengah perkataan-perkataan “rugi”, “lori”, “lari” dan “curi” disebut lugi, loli, lali, dan culi. Beliau menjadi bahan ketawa. Lalu, beliau bertekad menguasai bahasa Melayu. Dengan pelbagai kaedah dan inisiatif, dalam masa dua tahun beliau berjaya. Antara lain, beliau bergiat dalam pelbagai aktiviti di sekolah dan di luar sekolah termasuk menyertai pertandingan-pertandingan bahkan mengambil subjek Sejarah Islam pada peringkat STP serta bergaul rapat dengan kawan-kawan Melayu. Beliau menjadi Ketua Pengawas sekolah dan menjadi juruacara dan pengacara. Apabila telah berkhidmat sebagai guru beliau masih meneruskan kegiatan itu. Banyak acara dikendalikan beliau sama ada di Semenanjung atau di Sabah.
    (Lihat, Lee Chye Ewe, “Tak Hendak Seribu Dalih!” (Bahasa dan Masyarakat), Dewan Bahasa, Januari 2008, muka surat 57-59).
    Image may contain: 2 people, people standing, text that says "CONVENTION GALA BANQUET District Recognition Night afHauk Sg Purta satran the "Cikgu Lee" (kanan) dalam majlis Penerimaan Anugerah Pemidato Terkenal di Medan, Indonesia pada 17 November 2007."
    1
    • Like
    • Reply
    • 1 d

No comments:

Post a Comment