Sunday, 27 December 2020

 Rapuh 18/2020: Prinsip kepengarangan

Banyak juga bahan-bahan penulisan Melayu zaman dahulu hilang. Boleh jadi naskhah-naskhah itu tidak wujud lagi, kerana kerterhadan bilangan atau salinan naskhah-naskhah itu, yang kalau tidak pun satu naskhah, hanya beberapa naskhah tulisan tangan sahaja.
Kalaulah naskhah-naskhah itu hilang oleh sebab kealpaan, ia tidaklah sangat dihairankan kerana tahap kesedaran masyarakat umum tentang kepentingannya sumber-sumber bacaan masih rendah. Tetapi apabila bahan-bahan itu dimusnahkan ia lebih-lebihlah menyedihkan.
“Bermula, maka adalah dari sebab aku berjinak-jinakan serta kuusahakan diriku menterjemahkan kitab yang tersebut itu [Panchatanderan menjadi Galila dan Damina] kerana kulihat dalamnya kebanyakan ceritera dan perkataan dan ibarat dan misal dan umpama yang mendatangkan akal dan bijaksana dan cerdik bagi orang yang membaca dia.
Maka sungguhpun iaitu ceritera dan hikayat tiada dengan sebenarnya, maka janganlah engkau pedulikan dari hal ceriteranya dan hikayatnya, karena bukannya aku suruhkan percaya akan hikayat dan ceriteranya. … kehendakku, setelah engkau ambil, patinya, bukanlah hampasnya.
Syahdan, maka dengan bodoh yang demikianlah kebanyakan surat-surat dan hikayat-hikayat dahulu-dahulu kala yang dalam kebanyakan negeri-negeri Melayu disuruh gurunya bakarkan kerana perkara bohong-bohong dan yang bukan-bukan dalamnya.
Apa engkau pedulikan bohongnya itu, biarlah ia tinggal di situ, melainkan patutlah engkau perhatikan karangannya dan elok rangkai perkataan dan kemanisan perkataan, supaya boleh engkau mendapat modal akan mengarangkan kitab-kitab yang betul benar dan yang berfaedah kelak akhirnya.”
(Hikayat Abdullah, muka surat 376. Nota: perenggan diubahsuai.)
Image may contain: text that says "HIKAYAT PANCHA TANDERAN A Seri Cherita w arisan"
WanRafar Ishak, Zulkurnain Awang and 10 others
6 comments
1 share
Like
Comment
Share

Comments

  • Buku yang dipamerkan ini, Stories From Panchatantra Book II diterbitkan oleh Children’s Book Trust New Delhi, Ogos 1974. Asalnya terbit pada tahun 1966 dan telah diulang cetak pada April 1967, April 1969, Januari 1970, Januari 1971, Ogos 1971 dan April 1973. Cerita-cerita yang terkandung di dalamnya diceritakan semula oleh Shivkumar dan ilustrasian oleh Teboti Bhusan.
    Dalam Foreword tertulis, “’Panchatantra’ means a book with five sections...../ All over the world people ... like kindness and strength and honesty, and they dislike foolishness and weakness and unfairness. The Panchatantra stories show us these good and bad sides of human behaviou, and that is why people everywhere in the world like these stories so much....”
    Image may contain: text that says "LOTUS BOOKS STORIES FROM PANCHATANTRA BOOK"
    1
    • Like
    • Reply
    • 29 w
  • Sebuah lagi, dalam koleksi, “Cerita-cerita dari PANCATANTRA” diceritakan semula oleh Leonard Clark, Eastern Universities Press, Kuala Lumpur, 1980, edisi pertama bahasa Malaysia, 78 halaman. Buku ini salah sebuah buku di bawah Siri Sastera Rakyat. Ilustrasinya dilukis oleh Jeroo Roy. Sebagai memperkenalkan kandungan buku ini penerbit menulis, di dalam dan di kulit belakang buku, “Cerita-cerita di dalam PANCATANTRA asalnya diceritakan dalam abad 200 S.M. oleh seorang tua alim yang bijak kepada tiga orang anak raja India yang bodoh, malas dengan tujuan hendak mengajarnya untuk hidup....”
    Image may contain: text that says "CERITA- CERITA DARI PANCHATANTRA Diceritakan semula oleh Leonard nard Clark Clark"
    1
    • Like
    • Reply
    • 28 w
  • Terima kasih Dato' Ahmad Said pensyarah talian atas info 
    terbaik
     universiti FB ..
    1
    • Like
    • Reply
    • 28 w
  • Saya suka baca tulisan Dato' 
    Ahmad Said
    . Beliau menulis sentiasa match dengan idealisme yg ada dalam dirinya. Kita boleh baca penulisan berkualiti MCM ni
    • Like
    • Reply
    • 28 w
  • Hebat
     boss....dulu dulu ada wakil jpa dlm lembaga pengarah DBP..
    1
    • Like
    • Reply
    • 28 w
  • Terima kasih
    • Like
    • Reply
    • 28 w

No comments:

Post a Comment