Sunday, 27 December 2020

Rapuh 20/2020: Mengelat upah
Abdullah dipujuk untuk pergi ke Kelantan menghantar surat Bonham kepada pihak-pihak yang bersengketa di Kelantan. Sungguhpun asalnya beliau meminta bayaran upah $100 untuk tugasan itu, tetapi perundingan dengan Baba Bun Tiong dan lain-lain mencapai persetujuan pada kadar $80.
Abdullah mencadangkan “Baiklah kita buat surat perjanjian.” Maka kata Bab Po Eng, “Tiadakah percaya kepada sahaya?”
Pelayaran bermula pada 1 Muharam 1253 (27 Mac 1838). Ia melalui bahaya dari segi cuaca yang buruk, ancaman perompakan, dan peperangan saudara di Kelantan. Namun, rombongan itu berjaya menyampaikan warkah-warkah dan kembali di Singapura pada 29 Muharam 1253H.
Namun, walaupun berulang-alik ke rumah Baba Bun Tiong menuntut upah, tetapi dengan berdolak-dalik Abdullah dan seorang ahli rombongan lain, Grandpre gagal menuntutnya. Lalu kedua-duanya berpakat mengemukakan saman di mahkamah.
Apabila diketahui, Grandpre dipanggil “diam-diam, dibayarnya upahnya itu genap-genap, iaitu seratus dua puluh ringgit.” Sedang Abdullah hanya sanggup dibayar, asalnya $20, tetapi enggan diterima, lalu dinaikkan $40, ditolak Abdullah, dan $60, tidak juga dipersetujui Abdullah.
Baba Bun Tiong, (yang termasuk dalam kumpulan saudagar yang menganjurkan pelayaran selain Baba Po Eng, Baba Kim Swi dll), “berkata ia tiada berjanji dengan sahaya [Abdullah]; ia berani bersumpah potong ayam; kalau ada berjanji, mana tanda tangan?”
Abdullah mengadu kesnya kepada ‘seorang tuan yang baik’. Lalu kes itu dibawa bicara. Atas keputusan mahkamah akhirnya Abdullah dibayar upahan seperti yang dipersetujui ketika menyertai pelayaran tersebut.
(Lihat, Kassim Ahmad (penyelenggara), Kisah Pelayaran Abdullah, edisi baru, Oxford University Press, 1968, cetakan kelima, muka surat 121-122. Gambar buku hiasan, Pengajian Kesah Pelayaran Abdullah Munshi disusun oleh A.E. Edrus, Qalam, 1960).
Image may contain: text that says "PENGAJIAN KESAH PELAYARAN RAN ABDULLAH MUNSHL 0"
Ahmad David Kholilurrahman, Nor Zatul and 14 others
1 share
Like
Comment
Share

Comments

 

No comments:

Post a Comment