Sunday, 27 December 2020

 Rapuh 30/2020: Terbiasa selesa di belakang (7)

Profesor Emeritus Harry W. Richardson telah mengarang banyak buku. Beberapa yang berkaitan dengan tumpuan saya adalah:
1. Regional Economics, 1969
2. The Companion Penguin text, Elements of Regional Economics, 1969.
3. The Companion Penguin text, Urban Economics, 1971.
Richardson memberitahu beliau diberi pilihan untuk mengkaji semula [buku-buku berkenaan] ataupun bermula daripada awal.”
Kata beliau lagi, “Banyak perkembangan terbaharu telah berlaku sejak tahun-tahun kebelakangan seperti yang ditunjukkan dalam bibliografi dan pandangan saya juga telah berubah. Kedua-dua faktor ini memberi justifikasi untuk saya menulis buku baru dan mengkaji semula terbitan tersebut.”
Maka, terbitlah Harry W. Richardson, Regional and Urban Economics. Penguin Books Ltd. England, 1978.
“Tahun-tahun kebelakangan”, yang dimaksudkan oleh Richardson dalam petikan di atas sebenarnya meliputi enam tahun sahaja – 1971-1977. Ternyata tempoh singkat ini dianggap panjang menjadikan kandungan dalam buku-buku sedia ada ‘lusuh’ serentak mewajarkan sebuah buku baru ditulis.
Tetapi di bawah Skim NADI (Skim Penterjemahan dan Penerbitan Buku Pengajian Tinggi) di antara Dewan Bahasa dan Pustaka dengan Universiti Sains Malaysia buku Richardson 1978 itu dialihbahasakan dan diterbitkan bersama pada tahun 1993, berjudul Ekonomi Wilayah dan Bandar, xvi, 432 halaman, RM32. Penterjemahan dilakukan Abdul Muntalip Abdullah dan Ghani Salleh.
Buku ini mempunyai bibliografi yang panjang, muka surat 389-418. Indeks Pengarang meliputi muka surat 419-424 dan Indeks Perkara meliputi muka surat 425-432.
Dihisabkan jarak kedua-dua versi berlainan bahasa itu berjumlah 15 tahun. Tentulah angka 15 itu hampir-hampir 3x ganda lamanya berbanding “beberapa tahun kebelakangan”! Tidakkah lantaran itu nilai buku terjemahan itu merudum sebaik sahaja muncul di kilang percetakan?
Buku ini banyak membincangkan aspek teori dan bukan mudah dikunyah minda. Bagaimanapun untuk memberi contoh terjemahan saya petik satu perenggan yang mudah dan umum.
“Satu lagi keperluan untuk wujudnya bandar ialah daya ekonomi berskel atau daya peningkatan produktiviti lain dalam pertanian. Ini telah terbukti penting di dalam sejarah. Bandar bererti penduduk yang bergantung pada sektor luar bandar untuk keluaran makanannya. Jika pertanian hanya cukup untuk menyara petani sahaja, bandar tidak dapat berkembang (kecuali makanan diimport dari luar dengan menggunakan hasil eksport). Perubahan dari sektor luar bandar sara diri kepada yang dapat menghasilkan lebihan makanan untuk bandar memerlukan penggunaan lebih banyak kapital, pembaharuan mesin, perubahan dalam sistem hak milik tanah atau cara peningkatan produktiviti yang lain.” (muka surat 278).
Contoh lain:
“Masalah ini lebih merumitkan. Tidak ada sebab mengapa penyelesaian pemaksimuman faedah berkumpulan harus menjadi penyelesaian keseimbangan politik, melainkan dalam kes-kes istimewa apabila kesemua individu mempunyai fungsi-fungsi kerosakan yang serupa dan kesemua hasil kutipan dipulangkan kepada pengundi-pengundi mengikut dasar pembahagian berkadaran. Sekiranya tidak satu pun daripada syarat-syarat ini boleh digunakan, setiap individu akan mengutamakan satu penyelesaian yang akan memaksimumkan faedah bersih individu tersebut.” (muka surat 386).
Buku milik saya ini masih baru. Saya pemilik pertama. Ketika membelinya saya hanya perlu membayar RM2. Ya, RM2.
Membaca dua perenggan itupun memulangkan semula lebih daripada RM2 itu.
Bahasa Melayu terjemahan pun ada tarikan.
Image may contain: text that says "EKONOMI WILAYAH dan BANDAR Harry W. Richardson Penterjemah ABDUL ABDULLAH GHANI SALLEH"
Zulkifli Salleh, As Abbas and 4 others
Like
Comment
Share

No comments:

Post a Comment