Sunday, 27 December 2020

 Rapuh 3/2020: Pemabuk Tanjung

“Sebermula, setelah kami melihat temasya keramat dan tabut itu berjalanlah pula kami mengikutkan kehendak anak-anak Pulau Pinang dan Syed-Syed serta orang baik-baiknya itu, dalam hujan rintik-rintik pada malam itu – masuk lorong keluar lorong hingga penat. Pada hal setengah daripada mereka itu dalam huyung dan kelakuan orang pemabuk di tengah jalan dan lucah, berjenis keluar perkataan dan sorak dan tertawa daripada mulut mereka itu. tiadalah berketahuan tabiat masing-masing. Beberapa kali dikeraskannya kami berdua suruh minum champagne dan portwine dan lain-lain minum-minuman kerana fikirannya kami pun peminum juga seperti hal mereka itu; hingga mereka itu merupakan marah suruh minum. Tetapi dengan beberapa daya upaya dan bersoal jawab dan berkeras-keras, kami tiada hendak minum. …
Apabila dilihat oleh mereka itu hal kami berkeras demikian itu putuslah harapnya dan terbukalah tembelangnya hingga mereka itu mengambil diri meminum itu, sulang-menyulang, tuang-menuang, buka botol, tutup botol sama sendirinya. Setelah habis dan puas mereka itu minum baharulah berjalan sama-sama kami pula. Tetapi mereka itu minum bukan di dalam kedai atau hotel atau tempat yang tiada tentu, melainkan dalam rumah seorang daripada mereka itu. Fikiran hatiku mengatakan: dalam rumah tiap-tiap daripada mereka itu adalah sedia menyimpan berbagai-bagai minuman itu. …
… aku di sana itu, jangan sia-sia dengan tidur, supaya dapat melihat aturan negeri itu pada malam dan hendak mengetahui hal anak-anak Pulau Pinang itu yang selalu berbagai-bagai yang didengar dengan telinga saja. Maka baharulah sekarang dapat aku pandang dengan mata sendiri. …. bukanlah anak-anak Pulau Pinang sahaja yang demikian melainkan anak-anak negeri yang lain-lain pun banyak yang demikian. Maka sekarang, anak-anak Singapura pun banyaklah yang telah jadi rosak demikian. Dari sebab itu tidaklah sekali-kali aku ini boleh mengata atau mengumpat anak-anak Pulau Pinang itu atau memuji anak-anak Singapura kerana dalam tiap-tiap negeri adalah orang yang baik, dan ada yang jahat. Dari sebab itu patutlah kita jaga dan pandai-pandai membawa diri."
(Lihat, Kisah Pelayaran Muhammad Ibrahim Munsyi, muka surat 112-114).
Image may contain: text that says "SEMENANJUNG TANAH MELAYU 105 BATU 209 SELANGOR MELAKA PADANG JOHOR Sumber: Dipadankan dari peta simpanan, Jabatan Geografi, Universiti Malaya Malaya ELAYARAN-PELAYARAN YARAN MUHAMMAD IBRA HIM MUNSYI, 1871-1872 SINGAPURA"
M Jusoff Taib, Rismayanti Idris and 9 others
1 comment
1 share
Like
Comment
Share

Comments

No comments:

Post a Comment