Sunday, 27 December 2020

 Rapuh 38/2020: Yang tebal lagi menebal

Saya perhatikan Dewan Bahasa dan Pustaka menterjemahkan buku A History of South-East Asia, second edition, karangan D.G.E. Hall, dan diterbitkan sebagai Sejarah Asia Tenggara, cetakan pertama 1971. Buku ini setebal 1,156 halaman.
Saya memiliki sebuah naskhah lain, dalam bahasa Inggeris, A History of South-East Asia, Third Edition, Macmillan, 1968, 1019 halaman. Berdasarkan naskhah ini diketahui edisi pertama buku ini terbit pada tahun 1955, dan edisi keduanya terbit pada tahun 1964.
Membaca “Preface to the Third Edition”, ternyata bahawa banyak kandungan buku ini telah dikemas kini berdasarkan penyelidikan dan penemuan dalam tempoh 1964 hingga 1968, yang tidak termasuk dalam edisi kedua itu.
Ternyata ‘Third Edition” buku ini, termasuk “Index” (pp. 997-1019) tetap lebih nipis berbanding dengan edisi pertama dalam bahasa Melayu, yang lebih sedikit dan terkebelakang isinya, tetapi lebih tebal halaman, walaupun tiada pun dimuatkan indeksnya.
Beberapa pemerhatian boleh disimpulkan berdasarkan fakta-fakta ini! Bahawa, terutamanya, bahasa Melayu lebih panjang daripada bahasa Inggeris. Ia menuntut halaman-halaman yang lebih banyak. Semakin tebal teks sumber semakin menebal teks terjemahan, dengan kadar ketebalan yang kian bertambah pula. Tentu hakikat ini berimplikasi ekonomi.
Sekarang, sekadar menyalin dan membandingkan kalimat-kalimat dalam teks sumber (A History of South-East Asia), berbanding teks terjemahan (Sejarah Asia Tenggara).
‘I should wish you especially to consider whether it would be advisable to appoint a British Officer to reside in any of the States. Such an appointment could, of course, only be made with the full consent of the Native Government, and the expenses connected with it would have to be defrayed by the Government of the Straits Settlements.’ (p. 553)
('Saya berkehendakkan supaya kamu menimbangkan perlu atau tidaknya untuk melantik seorang Pegawai Inggeris untuk tinggal di mana-mana negeri Melayu. Pelantikan yang seumpama itu dapat dilakukan hanya dengan keizinan Kerajaan Tempatan yang sepenuhnya, dan segala perbelanjaan berhubung dengannya mestilah dibayar oleh Kerajaan Negeri-negeri Selat’) (muka surat 666)
[Secara perbandingan, dari segi panjang, teks terjemahan adalah sebaris setengah melebihi.]
“Naturally the Malays regarded themselves as the people of the country and the rest as aliens. But there was little idea of Malaya as a political unit, since the ordinary Malay peasant’s loyalty was to his sultan, and Malays from other states were foreigners to him.” (p. 799)
“Sudah tentulah orang-orang Melayu menganggap diri mereka sebagai orang-orang negeri itu dan yang lain orang luar. Tapi belum timbul pandangan untuk menganggap Tanah Melayu sebagai satu unit politik, kerana taat setia seorang rakyat Melayu biasa ialah kepada Sultannya, dan orang Melayu dari lain negeri adalah orang-orang asing kepadanya.” (muka surat 955)
[Secara perbandingan, dari segi panjang, teks terjemahan sebaris melebihi.]
Mengambil teks sumber, George McTurnan Kahin, Nationalism and Revolution in Indonesia, Cornell University, 1952, berbanding teks terjemahan Nasionalisme dan Revolusi di Indonesia, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980:
“By virtue of their indirect political rule and indirect economic exploitation, the Dutch for three centuries were able to avoid collision with the reaction and opposition of the general Indonesian population to the conditions for which in an ultimate sense the Dutch were responsible. Indonesian opposition was almost entirely absorbed by or vented upon the indegenous aristocracy, the visible rulers; and upon the Chinese , the visible economic exploiters.” (p. 41)
Dalam bahasa Melayu diterjemahkan,
“Oleh kerana pemerintahan politik secara tak langsung dan penindasan ekonomi secara tak langsung jua, selama tiga kurun Belanda dapat mengelakkan pertembungan dengan reaksi dan bangkangan penduduk Indonesia seluruhnya kepada keadaan-keadaan yang dalam pengertian akhirnya adalah tanggungjawab Belanda. Bangkangan Indonesia hampir seluruhnya ditenggelamkan oleh atau terbentuk dengan kaum bangsawan, iaitu pemerintah-pemerintah yang nyata; dan dengan orang Cina iaitu pengusaha-pengusaha ekonomi jelas kelihatan.” (muka surat 53)
[Teks terjemahan di atas muncul hampir sebaris lebih panjang.] Pula, saya kurang pasti boleh memahaminya tanpa membaca teks sumber.]
Dalam “Preface” buku David Thomson, Europe Since Napoleon, Penguin Books Ltd, 1957 tertulis,
“This book has been devised chiefly for the use of university students in the United States and in Britain, and rests on close upon thirty years’ experience of teaching modern history to such students – mainly in Cambridge, England, but also at Columbia University in New York.” (p. 20)
Dalam “Prakata” edisi bahasa Melayu, Eropah Sejak Napoleon, Jilid I, diterjemahkan, “Buku ini disusun khusus untuk pelajar-pelajar universiti di Amerika Syarikat dan Britain, dan berdasarkan kepada pengalaman hampir tiga puluh tahun mengajar sejarah Eropah kepada pelajar-pelajar universiti terutamanya di Cambridge, England juga Universiti Columbia di New York.” (muka surat xviii).
[Perhatikan, dalam teks asal tiada ‘Eropah’ sedangkan ia menjelma dalam edisi terjemahan! Perkataan seperti "pelajar-pelajar" tentulah lebih panjang berbanding ""students"]
Satu contoh lain,
“Each developed aims of unification, miniature versions of the contemporary movements in Italy and Germany. Substantial minorities of each were still under direct Turkish rule in 1870, and the centripetal attraction of neighbouring states or provinces with some degree of self-government and independence continued to be a violently centrifugal force within Ottoman territories.” (p. 343)
Dalam bahasa Melayu ia menjadi,
“Masing-masing cuba mewujudkan penyatuan Nasional, serupa dengan gerakan-gerakan sezaman di Itali dan Jerman. Sebahagian dari mereka masih berada di bawah pemerintahan langsung kerajaan Turki dalam tahun 1870, dan tarikan dari kemerdekaan dan beberapa kejayaan memerintah sendiri di wilayah atau negeri-negeri jiran ini terus menjadi pendorong kepada wilayah lain dalam Empayar Osmaniah.” (muka surat 451)
[Teks terjemahan sebaris lebih panjang.]
Kedua-dua perenggan contoh di atas, saya kira suatu peralihbahasaan yang menepati . Ini bermakna kalau pun kita tidak memiliki kedua-dua teksnya, mempunyai salah satu daripada edisi mana-mana bahasa berkenaan memadai. Ia masih memberi maklumat dan kesan yang serupa.
Terjemahan adalah kaedah memindahkan maklumat dari suatu bahasa ke dalam bahasa lain. Ia memberi faedah besar kepada mereka yang tidak menguasai bahasa asal sumber ambilan. Selain faedah ini, saya sendiri berasa terhibur menilai kemampuan pengalih bahasa memindahkan maklumat dalam bahasa sumber ke suatu bahasa lain itu disamping menikmati 'output'nya. Dalam proses berkenaan, teks baharu itu memperlihatkan kemampuan bahasa penerima menyesuaikan kelainan ciri-ciri bahasa asal, sehabis upayanya tanpa merobah maksud dan gaya sebenar pengarangnya.
Saya akui bukan mudah menterjemah. Penyunting tentu bersependapat. Namun, kadang-kadang, kebolehan mewujudkan sebuah teks terjemahan yang sempurna membuktikan keupayaan bahasa penerima di samping menghasilkan pula satu ‘karya’ yang setanding dengan yang asli.
Image may contain: text that says "NASIONALIS/ME DAN REVOLUSI DI INDONESIA KAHIN"
Zulkifli Salleh, M Jusoff Taib and 13 others
2 comments
Like
Comment
Share

Comments

  • Edisi Melayu berkulit hijau. Saya pernah pamerkan suatu ketika dulu bersama-sama edisi English.
    • Like
    • Reply
    • 28 w
  • Banyak paragraf tulisan Dato ni boleh muncul di ruang fb? Biasa bila kita tulis di ruang fb sangat terhad?
    1
    • Like
    • Reply
    • 28 w

No comments:

Post a Comment