Sunday, 27 December 2020

Rapuh 40/2020: Piawai bahari (2)
Mengikut O.T. Dussek, Pejabat Karang Mengarang dianggap mempunyai penterjemah-penterjemah yang menguasai dengan baik bahasa Inggeris. Tambahan pula, buku-buku yang diterjemahkan merupakan “... cerita yang senang-senang kerana ia memikirkan pembacaan di kampung pada masa itu.” Buku-buku Indonesia tidak dipadankan kerana sukar mendapatkan yang sesuai. (Abdullah Sanusi Ahmad, ibid., muka surat 52)
Buku-buku di bawah siri The Malay Home Library Series berjumlah 64 judul buku. Saya masih menyimpan beberapa buku tersebut:
1. Jules Verne, Mengelilingi Dunia 80 Hari (1933) (The Malay Home Library Series No. 13). Asalnya Round the World in 80 Days.
2. R. Ballantyne, Pulau Karang (1932, 1951) (ringkasan Coral Island), (The Malay Home Library Series No. 14), terjemahan Yazid Ahmad. Edisi kedua ditulis semula oleh Ahmad Kamal Abdullah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada 1976. Ia tersenarai di bawah “Siri Perpustakaan Sekolah DBP Bil. 176.
3. H. Rider Haggar, Gua Intan Raja Sulaiman (King’s Solomon Mine) diterjemah oleh Abdullah bin Mohd. Ali. Edisi kedua ditulis semula oleh Othman Puteh dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1975. Banyak ilustrasi menarik ciptaan Othman Zainuddin menghiasi buku ini. Ia tersenarai dibawa Siri Perpustakaan Sekolah DBP Bil. 173.
4. Eric Williams, Dua Orang Tawanan (judul asal The Wooden Horse (1949), terjemahan Ahmad Murad. (The Malay Home Library Series No. 41). Edisi baru buku ini berjudul Terlepas dari Tawanan terjemahan Ahmad Murad bin Nasruddin, Federal Publication Sdn. Bhd., 1975).
5. Tiga Bentuk Cincin, DBP, 1975, cetakan kedua (edisi baharu), $2.80, 136 halaman. Cetakan pertama 1951. (Nota: Mulanya diterbitkan sebagai The Malay Home Library Series no 42, oleh Pejabat Karang Mengarang, Jabatan Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu. Diterjemahkan ke Bahasa Malaysia dari The Three Rings oleh Sulaiman Hamzah. Ditulis semula untuk edisi baharu (Siri Perpustakaan Sekolah DBP Bil. 174) oleh Rubaidin Siwar). Untuk melihat kulit buku ini versi Pejabat Karang Mengarang lihat, Jurnal Penterjemah, Jilid XIII Bil. 1, Januari – Jun 2011, muka surat 95.
6. Daniel Defoe, Robinson Crusoe. Ditulis semula daripada buku yang diringkaskan oleh Michael West dan diterjemah oleh Yahya Kassim dan diterbitkan di bawah The Malay Home Library Series No. 44 oleh Pejabat Karang Mengarang, Jabatan Pelajaran, Persekutuan Tanah Melayu, Kuala Lumpur. Dalam koleksi ada Daniel Defoe, 1978. Robinson Crusoe. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 47 halaman, $1.20. Ada keterangan: Cetakan pertama (Jawi) 1951; Cetakan pertama (Edisi Baharu) 1975; Cetakan kedua 1978. Ia tersenarai di bawah Siri Perpustakaan Sekolah DBP Bil. 146.
7. H.G. Wyatt, Pelayaran Kapal Bounty, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1976, cetakan pertama, edisi kedua. Buku ini asal terbit di bawah “The Malay Homes Library Series No. 56” pada tahun 1954 oleh Pejabat Karang Mengarang, terjemahan A. Rahman Yusof berdasarkan karya John Borrow. Othman Awang dan Othman Puteh menulisnya semula untuk cetakan DBP. Ilustrasi karya Othman Zainuddin menghiasi beberapa halaman. Saya perhatikan Abdullah Sanusi bin Ahmad menyenaraikan buku ini pada bilangan 55. Bilangan 56 ialah Si Bujal.
8. Mohd. Salehuddin, Hidup Berjuang. Karya bukan terjemahan tetapi hasil peraduan yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran. (The Malay Home Library Series No. 57).
9. Cherita-cherita Rekaan, (The Malay Home Library Series No. 61), Pejabat Karang-Mengarang, Jabatan Pelajaran, Persekutuan Tanah Melayu, 1959, cetakan ketiga (3,000 naskhah), 82 halaman. Karya bukan terjemahan.(Nota: cetakan pertama 1955 (20,000 naskhah), mengandungi 8 cerpen hasil Peraduan Mengarang Cerita Yang Kedua anjuran Jabatan Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu dalam tahun 1953.
10. Pahlawan Berkaki Kayu dan lain-lain Cherita, (The Malay Home Library Series No. 51), Pejabat Karang-Mengarang, Jabatan Pelajaran, Persekutuan Tanah Melayu, 1954, cetakan pertama (20,000 naskhah), 107 halaman. Karya Bukan terjemahan. (Nota: mengandungi 10 cerpen hasil Peraduan mengarang Cerita Yang kedua anjuran Jabatan Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu dalam tahun 1951.
Saya cuba mencari-cari seperenggan daripada mana-mana buku berkenaan untuk memberi contoh karangan bermutu pada period terbabit. Tidak terdaya saya menemuinya. Kalau diambil buku terjemahan ia tersangat mudah – gaya bahasa dan cerita. Hanya sesuai untuk murid-murid sekolah rendah atau golongan remaja.
Kalau diambil karangan asli pula, hasil peraduan, ia tidak menarik sungguh. Lalu, biarlah buku-buku itu hanya terpapar sebagai suatu catatan sejarah tentang program pihak berkuasa pendidikan penjajah mendidik anak negeri. Buku-buku yang terhasil ternyata bermaksud menyediakan sekadar bahan bacaan ringan. Paling-palingnya, bahan-bahan berkenaan membuka ruang bagi lepasan sekolah-sekolah Melayu membiasakan diri dengan amalan membaca sepadan dengan tahap pendidikan mereka. Malangnya lagi bilangan judulnya jauh daripada mencukupi.
Berdasarkan aspek ini, puluhan tahun dahulu pun pengkaji masyarakat mudah sahaja mengetahui betapa tercicirnya orang Melayu ketika itu – dalam bidang pendidikan sementelahan pula bidang-bidang yang lain.
Image may contain: 1 person, text that says "H.G.WYATT PELAYARAN KAPAL BOUNTY"
Zulkifli Salleh, M Jusoff Taib and 18 others
10 comments
1 share
Like
Comment
Share

Comments

  • Ya, ya benar sekali Dato' .. saya sudah membaca beberapa judul yg Dato' senaraikan .. memang 
    hebat
     orang Puteh mengarang; masih ingat buku yg tiada dlm senarai: " Buaya Mati Dua Kali " oleh
    ? Syamus Fraser?! ..
    1
    • Like
    • Reply
    • 28 w
  • Saya setakat ini menumpukan buku-buku terbitan kerajaan. Buku-buku penerbit-penerbit lain akan menyusuli termasuk “Buaya Mati Dua Kali”.
    1
    • Like
    • Reply
    • 28 w
  • Oo Buaya Mati Dua Kali tu penerbit swasta ya?
    * Terlalu lama bukunya Dato' tapi hebatnya terkesan tersimpan dlm intuisi remaja! .. tqvm
    1
    • Like
    • Reply
    • 28 w
  • Beberapa buah buku tersebut memang menjadi minatku ketika di Sekolah Umum (Rendah) dahulu (1957😓
    • Like
    • Reply
    • 28 w
  • Terima kasih untuk infonya...
    • Like
    • Reply
    • 28 w
  • Rasanya semua buku-buku yg di nyatakan di bawah Home Library ini semua saya baca dari khutub khanah sekolah dalam tahun 60an.Cerita dari buku PKB ini masih bolih diingat lagi.Capt Cristian Cook mengepalai kapal Bounty menuju Australia.Kesulitan dalam pelayaran menyebabkan terjadi rampasan kuasa kapal olih anak kapal tetapi dapat dipatah.Lebih begitu yg saya ingat.Mutinee of the Bounty juga saya ada baca.
    2
    • Like
    • Reply
    • 28 w
    • Edited
  • Kalau begitu, pengalaman kanak-kanak kita tidaklah sangat berbeza.
    1
    • Like
    • Reply
    • 28 w
  • Aku baca karya Robinson Crosue.. Masa umur darjah 2..Thn 81,tu pun abg yg pinjam. Kat perpustakaan negeri😉😉
    1
    • Like
    • Reply
    • 28 w
  • Dulu zaman kami kecik buku2 cerita pendek begini menjadi bahan bacaan...
    buku2 tentang haiwan terutama tentang kecerdikan kancil memberi motivasi...tentang pengembaraan..dsb
    komik sprt bambinoo ..
    kartun sprt budak kampung (80an rasanya)dan byk lagi.
    1
    • Like
    • Reply
    • 28 w

 

No comments:

Post a Comment